1. Menyeimbangkan kolestrol
Kolestrol ialah bahan yang wujud secara semula jadi, dihasilkan oleh hati dan diperlukan untuk fungsi sel dalam badan yang sihat, saraf dan hormon. Apabila paras kolestrol berada dalam keadaan semula jadi, ia akan seimbang, normal dan sihat.
Apabila ia teroksida, ia akan menjadi berbahaya.
Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa Vitamin E bertindak sebagai antioksidan pelindung yang melawan pengoksidaan kolestrol. Hal ini adalah disebabkan oleh vitamin E boleh melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh badan yang mana ia akan membawa kepada pengoksidaan kolestrol
2. Melawan radikal bebas dan menghalang pembentukan penyakit
Vitamin E merupakan antioksidan yang berkuasa yang memiliki keupayaan untuk mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas, melawan keradagan dan sekaligus membantu untuk memperlahankan tanda-tanda penuaan selain daripada membantu menyelesaian masalah kesihatan seperti penyakit jantung.
3. Membaiki kulit yang rosak
Vitamin E juga membantu untuk proses penyembuhan kulit. Vitamin E diserap oleh lapisan epidermis kulit dan boleh merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran matahari yang menjadi salah satu punca utama kepada gelaja kanser kulit. Disebabkan oleh Vitamin E ini mempercepatkan pembinaan sel, ia boleh merawat calar, jerawat dan kedutan kulit. Akhirnya, kulit anda akan menjadi kelihatan lebih sihat dan muda.
4. Menyeimbangkan hormon
Vitamin E boleh membantu dalam memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan sistem endokrin dan saraf. Secara semula jadinya, ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan hormon. Antara simptom-simptom ketidakseimbangan hormon termasuklah PMS, berat badan berlebihan, alergi, jangkitan saluran kencing, perubahan kulit, kegemuruhan dan kepenatan.
Dengan memastikan hormon anda seimbang, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk mengekalkan barat badan yang sihat, kitaran haid yang baik dan anda akan merasakan diri anda lebih bertenaga.
Antara manfaat lagi
Berminat untuk mencuba boleh whatsap
www.wasap.my/60132225419
fb: Nor Asimah Mat Noh
Fb page: vitahealth smartshop
Ig: norasimahmatnoh
Igbis: asimahbeautyshop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan