Assalamualaikum
Happy weekend semua..
Sementara ada masa terluang ni, Sim nak share info mengenai Alfalfa ni..
Korang tau tak alfalfa ni apa?
Tak tahu, korang baca sini tau 😉
Hari ni Sim fokus pada tajuk ni jer 👇
ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA
Okey jom start baca, tak baca kalau korang tersalah ambil jangan salahkan alfalfa tau..
1. WANITA MENGANDUNG
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung
2. PENYAKIT AUTOIMUN
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk
3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk
4. KENCING MANIS
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma
5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa
So korang dah tahu ni, jangan pulak korang ambil kalau ada penyakit-penyakit ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan